Dapatkan Peluang untuk Memenangi 2 Jemputan Khas ke Konsert Allianz Rocks untuk Menyaksikan Persembahan Datuk Ramli Sarip dan Ruhh!
Terma Dan Syarat

  1. Peraduan ini (“Peraduan”) dianjurkan oleh Allianz Malaysia Berhad dan anak - anak syarikatnya Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad dan Allianz Life Insurance Malaysia Berhad ("Allianz") untuk memberikan peserta peluang untuk memenangi sepasang tiket jemputan khas ("Tiket") untuk menghadiri Konsert Allianz Rocks 2019 dengan Datuk Ramli Sarip dan Ruhh,di Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu ("Konsert") tertakluk kepada Terma dan Syarat di bawah.
  2. Tempoh Peraduan
  3. Peraduan ini bermula pada 28 Januari 2019 dan berakhir pada 15 Februari 2019, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Peraduan”).
  4. Kriteria Kelayakan dan Penyertaan
  5. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap Malaysia, berumur 18 tahun ke atas.
  6. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta yang layak ("Peserta") mesti mendaftar dengan melengkapkan langkah-langkah berikut:
    1. Layari https://www.allianzexclusive.com.my/allianz-rocks-kk (“Laman Web Peraduan”) dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan di bawah:
      1. Nama Penuh (seperti di Kad Pengenalan Pendaftaran Negara ("Kad Pengenalan"));
      2. Nombor Kad Pengenalan;
      3. Nombor telefon bimbit Peserta;
      4. Alamat e-mel Peserta;dan
      5. Jawab soalan di Laman Web Peraduan.
    2. Sahkan nombor telefon bimbit yang dikemukakan dengan mengklik pada pautan yang dihantar oleh Allianz melalui SMS kepada Peserta untuk mengakui penyertaan.
    3. Kongsi Laman Web Peraduan di Facebook melalui butang Kongsi Facebook yang ada di dalam e-mel Berjaya Pengesahan dari Allianz.
  7. Tarikh terakhir untuk pendaftaran adalah 15 Februari 2019, 23:59PM.
  8. Kelayakan yang Tak Sah dan Pembatalan
  9. Individu - individu berikut TIDAK layak menyertai Peraduan ini:
    • Pekerja – pekerja Allianz sama ada tetap, kontrak dan keluarga terdekat mereka;
    • Ejen – ejen Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad dan Allianz Life Insurance Malaysia Berhad; dan
    • Pekerja – pekerja vendor, pembekal, pengiklan dan ejen yang terlibat dalam penganjuran Peraduan ini
  10. Peserta yang telah melakukan atau disyaki melakukan penipuan atau kesalahan undang-undang berkaitan dengan penyertaan mereka dalam Peraduan ini akan hilang kelayakan untuk menyertai Peraduan ini.
  11. Allianz berhak atas budi bicara mutlaknya, membatalkan/menolak mana-mana Peserta yang tidak mematuhi Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini dan/atau dijumpai atau disyaki untuk menghalang keadilan proses dan/atau operasi Peraduan ini. Menghalang keadilan termasuk aktiviti penipuan yang melibatkan sebarang tindakan penipuan dan/atau menipu berkaitan dengan Peraduan ini.
  12. Hadiah dan Pengumuman Pemenang
  13. Hadiah
    • 1 pasang Tiket Konsert

  14. Para pemenang (secara kolektif disebut "Para Pemenang" dan secara individu disebut "Pemenang") yang dipilih oleh Allianz adalah muktamad dan Para Pemenang akan dimaklumkan melalui E-mel dan SMS berdasarkan butir-butir hubungan yang diberikan pada 21 Februari 2019. Senarai pemenang akan dipaparkan di Laman Web Peraduan pada 21 Februari 2019 juga
  15. Pemenang dan tetamu yang dipilih oleh Pemenang untuk menghadiri Konsert mestilah berusia 18 tahun ke atas.
  16. Semua Pemenang perlu menebus tiket mereka pada hari Konsert, iaitu 26 Februari 2019 dari 14.00 petang - 19.00 petang di lokasi di bawah:

    Kaunter Hadiah Penebusan Allianz
    Oceanus Waterfront Mall
    Jalan Tun Fuad Stephen
    88000 Kota Kinabalu, Sabah
  17. Semua Pemenang mesti mengemukakan identiti asal mereka yang sepadan dengan nombor Kad Pengenalan yang dikemukakan semasa pendaftaran Peraduan dan pengumuman Pemenang e-mel atau SMS yang diterima sebagai pengesahan untuk menebus Tiket Konsert tersebut.
  18. Setiap Pemenang berhak memenangi satu (1) pasang Tiket sahaja dalam Peraduan ini.
  19. Allianz tidak akan bertanggungjawab untuk Tiket yang hilang, rosak atau dicuri sekiranya Tiket telah ditebus.
  20. Tiket ini tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh diganti dengan wang tunai.
  21. Semua Tiket yang tidak dituntut akan dilucutkan.
  22. Segala kos pengangkutan, penginapan, peribadi dan/atau apa-apa kos, yuran dan/atau perbelanjaan yang ditanggung untuk menyertai Peraduan ini dan menebus Tiket ini adalah tanggungjawab Pemenang.
  23. Proses Peraduan
  24. Semua penyerahan yang diterima dari Peraduan ini akan disemak untuk memastikan kriteria kelayakan dan penyertaan telah dipenuhi dan penyerahan yang berkelayakan akan diberikan nombor urutan bermula dari nombor bersiri "1" mengikut tarikh dan masa pendaftaran.
  25. Nombor bersiri yang diperuntukkan kepada setiap penyerahan yang berkelayakan akan disusun untuk memperoleh jumlah nombor bersiri. Jumlah nombor bersiri akan dibahagikan dengan jumlah Tiket (100 pasang Tiket) yang akan diberikan untuk mendapatkan nombor yang berfungsi sebagai pengganda untuk memilih Peserta yang layak untuk berpeluang untuk menjadi Pemenang.
  26. Jawapan yang diberikan oleh Peserta berkelayakan dalam Laman Web Peraduan akan disemak. Sekiranya jawapan yang diberikan adalah betul, Peserta yang berkelayakan akan dipilih sebagai Pemenang.
  27. Keputusan yang dibuat oleh Allianz adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan.
  28. Allianz berhak untuk meminta dokumentasi atau bukti identiti, umur, dan tempat kediaman mana-mana Pemenang Peraduan ini untuk tujuan pengesahan.
  29. Terma dan Syarat Am
  30. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat dan sebarang keputusan yang dibuat oleh Allianz adalah muktamad.
  31. Allianz berhak untuk
    1. Mengubah tempoh Peraduan, menggantung, membatalkan ataupun menamatkan Peraduan ini dan/atau Konsert dengan ataupun tanpa sabarang notis atau alasan. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Allianz tidak akan melayakkan Peserta untuk menuntut sebarang tuntun ataupun pampasan bagi sebarang dan semua kerugian dan kerosakan yang dialami oleh peserta disebabkan daripada tindakan pembatalan, penamatan, penggantungan atau pertukaran; dan
    2. Membatalkan tiket dan membatalkan kelayakan Peserta sekiranya tidak mematuhi terma-terma dan syarat-syarat sebagai Peserta.
  32. Allianz:
    1. Tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerugian atau menanggung atau mengalami kos yang dialami oleh Peserta berkenaan dengan penyertaan dalam Peraduan ini.
    2. Tidak akan bertanggungjawab jikalau Peserta tidak dapat mengakses Laman Web Peraduan disebabkan oleh sebarang gangguan sistem, kegagalan internet atau kuasa; dan
    3. Tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta sekiranya Allianz tidak dapat melaksanakan keseluruhan atau sebahagian kewajipannya akibat daripada sebarang faktor dalam bentuk majeure termasuk tetapi tidak terhad kepada bencana alam (Act of Gods), perang, rusuhan, mogok, pertikaian industri, kebakaran, banjir, kamarau, rebut atau akibat daripada sebarang factor yang berada di luar kawalan munasabah Allianz termasuk pembatalan atau penangguhan Konsert.
  33. Terma dan syarat yang dinyatakan di sini akan ditadbir oleh Undang-Undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah-Mahkamah Malaysia.
  34. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dan / atau wakil Peserta (jika ada) memberi persetujuan dan bersetuju bahawa Allianz berhak:
    1. Mengumpul, memproses dan menggunakan data peribadi yang diserahkan untuk tujuan Peraduan ini termasuk mendedahkan data peribadi yang diperlukan kepada pembekal perkhidmatan kami agar mereka dapat memudahkan penebusan Tiket;
    2. Menggunakan dan menyiarkan data peribadi yang terhad (cth. Nama, foto dan kemasukan Peraduan) untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan atau keperluan untuk pemberitahuan terlebih dahulu (jika perlu);
    3. Untuk membuat pemasaran dan promosi produk dan perkhidmatan oleh Allianz. Jika Peserta dan/atau wakil Peserta (jika ada) berhasrat untuk berhenti menerima apa-apa bahan pemasaran atau tidak ingin dihubungi untuk tujuan pemasaran, sila email Allianz di customer.service@allianz.com.my untuk memberitahu kami untuk menghentikan aktiviti pemasaran dan promosi sedemikian. Permintaan ini akan mengambil masa 2 hingga 4 minggu untuk dikuatkuasakan.
  35. Peserta bersetuju untuk mengakses Laman Web Peraduan pada selang masa yang tetap untuk menyemak terma-terma dan syarat-syarat Peraduan ini dan akan memastikan bahawa mereka sentiasa mengikuti sebarang perubahan atau pindaan kepada terma-terma dan syarat-syarat.
  36. Untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan Peraduan ini, sila hubungi Allianz melalui e-mel di customer.service@allianz.com.my atau Talian Bantuan Pelanggan Allianz di 1 300 22 5542 pada waktu perniagaan, Isnin hingga Jumaat dari jam 8.45 pagi hingga 5.45 petang.


  37. Terma & Syarat: dikemaskini pada 28 Januari 2019